Saya merupakan seorang Highly Sensitive Person (HSP), anak sulung, mempunyai ibu bapa OKU (penglihatan) dan juga merupakan bakal kaunselor, menjadikan perjalanan hidup saya begitu mencabar, namun istimewa. Membawa peranan sebagai anak sulung dan juga harapan keluarga, menjadikan saya secara tidak sedar telah mengabaikan kesihatan mental saya sedari usia remaja.
Bagi saya, apa yang penting adalah ibu bapa gembira, adik-adik gembira. Antara impian ibu bapa adalah saya berjaya mengejar cita-cita dan bekerja tetap (dan ianya masih belum tercapai).
Saya merupakan pelajar separuh masa (part time) ljazah Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling di sebuah universiti tempatan. Dalam masa yang sama saya bekerja sepenuh masa di sebuah tadika sebagai seorang guru. Saya mempunyai minat yang tinggi kepada pendidikan, terutama kepada golongan kanak-kanak, membuatkan saya begitu gembira pada ketika itu. Namun, cabaran belajar sambil bekerja is real. Dan oleh kerana minat yang dalam untuk menimba ilmu terutama dalam bidang kaunseling, saya terpaksa melepaskan kerjaya yang amat saya cintai pada tahun 2019. Dalam tempoh untuk membuat keputusan yang berat itu, saya mengalami gangguan emosi, di mana saya ada pemikiran untuk menamatkan riwayat hidup.
Sedari akan pemikiran itu, saya segera menjumpai kaunselor (pensyarah) untuk mendapatkan sokongan.
Keadaan semakin parah apabila saya tidak mempunyai kekuatan untuk berterus-terang dengan ibu bapa kerana tidak mahu ibu bapa kecewa dan risau mereka memikirkan urusan pembayaran yuran belajar.
Sokongan yang berterusan daripada pensyarah itu, alhamdulillah saya akhirnya ada kekuatan, berterus-terang dengan ibu bapa dan Alhamdulillah ibu bapa terima dengan hati terbuka.
Dalam pada itu, saya usaha dengan bekerja separuh masa. Keadaan kembali sukar dengan hadirnya Covid-19. Di mana, perjalanan saya berpraktikum sebagai kaunselor sekolah, terjejas. Tempoh yang sepatutnya hanya 14 minggu, menjadikannya hingga hampir 7 bulan.
Dalam masa itu, saya tidak mempunyai pendapatan. Keadaan kesihatan mental saya kembali tidak stabil, malahan lebih teruk. Saya pernah kongsikan keadaan emosi dan mental saya kepada orang sekeliling, namun dinafikan. “Tak dekat dengan Tuhan”, “tak bersyukur”, “melayan bisikan syaitan”. Tambahan stigma seperti “Kaunselor tak kan nak mental”, “Kata kaunselor, mana boleh ada masalah”, and worst “Kalau masalah sendiri tak boleh handle, tak layak jadi kaunselor”.
Ucapan seperti ini bukan sahaja daripada keluarga, malahan rakan-rakan, and sadly, also from the counselors I knew, ‘Kita kena ok, tak boleh ada masalah mental, nanti klien tak percaya kita’.
Oleh kerana itu, saya terpaksa menahan dan berpura-pura ok di hadapan semua orang, dan ianya amat menyakitkan, it led me to self-injury once. Also, again, Alhamdulillah, realizing the action, with my friend’s help (the only one friend who always supports me), I went to therapy without others knowing. Alhamdulillah, I’m getting better. But still, up until today, I have to ‘repress’ all the emotions just because l’m holding the title ‘counsellor’, or ‘future counsellor’.
I also have issues with setting boundaries, always being there for everyone, always wanting to make everyone ok, and happy, but ignoring myself. Walaubagaimanapun, oleh kerana saya telah menjalani sesi kaunseling, dan saya sendiri ada sedikit ilmu dan pengetahuan untuk menguruskan emosi, saya tetap berusaha dan mencuba.
Antara salah satu cara saya adalah, journaling, keeps me close to The One, and the other one is self-care. I’m still practising.
Therefore, I really hope there is awareness on mental health among therapists too. IT IS OKAY, and normal if the therapist is also struggling with mental health. We are human beings. WE ALL ARE. I really hope my story can benefit anyone out there, especially therapist Inshallah.
**In my opinion, if the therapist experiences him/herself with mental health issue, it’s actually a gift from Allah, not a weakness, kerana pengalaman itu, akan menjadikan mereka therapist yang lebih bersifat empati, lebih memahami, dan bersungguh-sungguh membantu orang lain.