Nama saya Fatahiyyah. Seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak. Saya mempunyai sebuah pusat pengajian Al-Quran dan bekerja sendiri. Alhamdulillah. Saya menghidap Anxiety Disorder sejak berumur 15 tahun. Sekarang umur saya 35 tahun. Bukan satu tempoh yang pendek. Lama dan sehingga sekarang saya masih struggle dengan anxiety.
Paling teruk saya kena tahun 2016 buat pertama kalinya saya diserang panic attack. Waktu itu saya masih tidak tahu lagi tentang anxiety.
Saya pergi buat check up seperti electrocardiogram (ECG), jumpa pakar gastroenterologist tetapi tetap tiada perubahan. Sehinggalah saya terjumpa page di Facebook tentang anxiety. Waktu itu saya belum didiagnos secara klinikal sehinggalah tahun lepas saya diserang sekali lagi anxiety yang teruk yang menyebabkan tekak saya sentiasa berasa panas, lidah pahit dan saya memang rasa lemah.
Langsung tidak rasa semangat.
Saya berjumpa doktor pakar dan doktor telah diagnos saya menghidap anxiety. Alhamdulillah, saya diberi ubat Espran.
Sedikit sebanyak anxiety saya berkurangan dan saya kembali bersemangat.
Hampir 3 bulan saya telah berhenti mengambil ubat, alhamdulillah cuma kadang kala anxiety masih datang dan pergi. Tambahan lagi, dengan pelbagai isu yang berlaku sekarang ini, PKP, COVID dan peperangan. Kadangkala, terus-terang saya katakan saya seperti hilang harapan. Saya ada keinginan terhadap sesuatu tapi kadangkala saya rasa dunia ini seperti sudah sampai ke pengakhirannya.
Semoga dengan perkongsian dengan warga MIASA, insyaAllah sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat saya semula. Terima kasih.
The struggle is real.
#anxietyfighter


