Game Changer logo english

Tahun 2022 sudahpun sampai ke penghujung, namun kami insafi bahawa perjuangan untuk memberi kefahaman dan kesedaran tentang kesihatan mental dan isu berkait dengannya tidak patut terhenti dan tiada penghujungnya. Selari dengan objektif kami untuk mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan mental dan untuk memperbetulkan tanggapan dan kekeliruan masyarakat mengenai isu kesihatan mental dan penyakit mental, kami menutup tirai 2022 dengan satu lagi program, untuk melengkapkan perjalanan 2022 yang lebih bermakna!

Kami memperkenalkan kepada anda semua, satu rancangan bual bicara iaitu ‘Game Changer’ yang akan menampilkan tokoh-tokoh dari pelbagai bidang yang berkaitan sebagai tetamu jemputan kami. Presiden MIASA, Puan Anita Abu Bakar, dengan pengalaman yang beliau miliki, akan mengambil tempat sebagai pengacara, dan pastinya ia akan menjadikan program bual bicara ini lebih kritis dan inklusif untuk dipersembahkan kepada semua rakyat Malaysia.

Game Changer akan ditayangkan melalui saluran media sosial Facebook dan Youtube MIASA bermula 25 Desember ini, jam 8.30 pm. Dengan usaha yang kami lakukan ini, kami mengharapkan sokongan daripada anda semua dengan menonton rancangan ini, secara tidak langsung anda telah memberi sokongan kepada mereka yang sedang berjuang dengan isu-isu yang berkaitan kesihatan mental.